Monday 24 July 2017

7 PETUA AGAR KULIT LEBIH CERAH DAN MENAWAN


Hai semua, ni merupakan entry pertama Anith dalam dunia blog. So kalau ada salah dan silap tu tegur tegur la yer. 

Okey, Anith just nak share dekat semua. 7 petua yang Anith sentiasa amalkan untuk kekalkan kecantikkan kulit. Jangan risau, ini bukan Anith nak brag kata Anith cantik ke apa(sebab hari ni takdak mood nak perasan. hahaha). Petua ni pun Anith dapat daripada kawan Anith yang 10 kali lebih cantik hockayy.

So, here it goes:

Okey, timing paling crucial sekali adalah time kita bangun pagi. Terus capai air segelas dan minum(jangan lupa kumur. hahaha). Then, kalau kita makan sehari lima kali tu pastikan setiap hidangan disusuli dengan segelas air(jangan minum sebelum makan, orang tua-tua kata perut senang buncit). Lagi dua gelas tu dah boleh selit time malam.

Okey, sebagai seorang yang bekerja shift macam Anith. Benda ni yang paling payah sekali Anith nak buat. Mana dengan anak masih meyusu badan sekarang ni. Tapi tu lah, orang kata. Hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan. Kah kah kah.

Sebagai orang Islam, Anith rasa ni semua pun tahu kan? Minimum kita akan berwuduk 5 kali sehari.
Kebaikkan berwuduk ni banyak. Selain mengekalkan kelembapan muka, wuduk juga boleh menyucikan kotoran kat muka kita selepas sibuk dengan aktiviti seharian.

Haaa.. yang keempat ni mesti ramai yang terlepas pandang. Sebab tak perasan kan. Tapi, kalau anda nak tahu, hampir 90% punca jerawat tu datang dari sentuhan tangan kita lah. So, beware~~

Senyum ni seperti yang kita sedia maklum, penuh dengan aura positif. Selain membuatkan orang selesa dengan kita, ianya juga boleh menaikkan seri wajah dan hanya 18 otot muka diperlukan. Jadi, untuk kekal cantik kita harus kurang bermuram durja.

Okey, yang masker ni terserah dekat korang. Kalau korang mampu, pakai SK II boleh, madu boleh dan mana-mana masker yang korang jumpa dekat pasaran. Anith pakai masker buatan sendiri dengan ESP Shaklee. Cukup 5-10 minit bilas dan tidur dengan nyaman.

Yang ni agak tricky sikit. Penyediaanya jugak subjektif. Nak bubuh air suam saja tanpa apa-apa bahan pon boleh. Macam Anith tambah lemon dan limau nak bagi wangi. Anith rekemenkan, lepas korang wapkan kulit wajah korang, buang sekali blackhead/whitehead dan bersihkan hidung. Best tau.

No comments:

Post a Comment

TOP POST