Wednesday 26 July 2017

10 AIR DETOX PALING POPULAR DI MALAYSIA. NO 5 TU FAVOURITE ANITH!!!

Desawarsa ini, program detox dah jadi macam trend pulak kat Malaysia. Selain dari bermacam-macam program kesihatan, ada juga bermacam-macam jenis resepi untuk diet detox.


Yang paling best sekali resepi air detox lah. Mudah disedia, dan senang diserap badan. So, dekat bawah ni Anith senaraikan 10 jenis resepi air detox yang paling popular di Malaysia.

1. Teh Lemon & Halia.

Anith senaraikan ni nombor satu sebab boleh dikatakan setiap rumah kita ada dua bahan ni. Jadi boleh dikatakan teh lemon & halia ni air detox paling senang dan mudah la nak disediakan. Jadi korang tak boleh buat alasan untuk skip detox diet lagi. Halia ni seperti yang kita sedia maklum memang baik untuk penghadaman dan buang angin dalam badan. Manakala jus lemon pulak meneutralkan asid dalam badan. Kalau korang nak sedap lagi boleh adjust campur madu sikit untuk seimbangkan rasa halia dan lemon yang kuat.

2. Jus Lobak Merah, Nenas & Kunyit.

Nenas dan kunyit ni terkenal sebagai ejen anti-inflammatory. Selain dari rasa kedua bahan ni yang sedap bila digabungkan, ianya dapat melindungi sel-sel dalam badan kita untuk rosak dan mengurangkan kuantiti enzim dalam badan. Lobak merah pula, menambah lagi keenakkan jika dicampurkan bersama.

3. Mint Tea.

Haaa.. dalam kesepuluh yang Anith senaraikan ni. Anith rasa yang nombor 3 ni yang paling ringkas. Hanya satu bahan diperlukan untuk membancuhnya. Juga boleh diamalkan setiap pagi.


4. Lemon Berlada.

Okey, dengar macam kelakar kan bunyinya? Tapi tahukah korang yang lemon dan cabai merah ni kaya dengan immune booster dan bertindak sebagai ejen detox semulajadi yang baik. Lemon juga menghalang perut anda dari berasa lapar dengan cepat. Manakala cili merah menggalakkan peredaran darah dalam badan. 


5. Air Vivix.

Yang ni memang feveret Anith la. Boleh dikatakan almost everyday Anith akan bancuh. Sebabnya, Anith tak suka minum Vivix secara direct. Rasa pati anggur yang kuat(husband Anith sampai berenti isap rokok la) dan sedap buat tekak Anith terngiang-ngiang dan rasa nak lagi. Jadi, untuk mengelakkan pembaziran Anith bancuh la jadi macam air. Sedap tau!

6. Jus Kecantikkan Kulit.

Terdiri daripada Epal, Lobak Merah dan Halia. Kaya dengan vitamin A(vitamin untuk kecantikkan), ketiga-tiga bahan ini memang sedap bila dicampur sekali. Ramai cakap jus ini juga boleh diminum time kita demam. Sesuai untuk recovery.

7. Air Hijau.

Timun, halia, daun mint dan lemon. Membuatkan air berwarna hijau dan sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kembung perut dan penghadaman. Lepas minum tu konfom perut rasa sejuk je.

8. Jus Kombo Kuruskan Badan.

Haaa.. untuk korang yang sedang berjuang untuk kuruskan badan(termasuklah Anith sendiri. haha) sesuai sangatlah amalkan jus ni. Terdiri daripada campuran jus timun dan tomato, kaya dengan serat. Serta antioksidan yang baik untuk menegangkan kulit.

9. Pear Batang Kali.

Campuran Pear dan Batang kali ini kaya dengan serat yang baik untuk melancarkan penghadaman. Untuk menambahkan lagi rasa jus ini boleh juga ditambah dengan bayam, timun dan daun saderi. Bergantung kepada citara rasa dan toleransi anda terhadap sayuran. Macam Anith, Anith tak suka sayur. So, jus nombor 9 ni adalah my least favourite of drinks.


10. Jus Anggur Hitam

Korang kalau pergi Tesco mesti selalu jumpa anggur warna hitam yang takde biji tu kan? Haaa... antara kebaikkan anggur ni ialah kaya dengan vitamin C, kurangkan tekanan darah dan membantu mengurangkan berat badan. Sesuai juga diminum oleh perokok untuk kesihatan paru-paru. Actually, jus ni lebih kurang je dengan air Vivix yang Anith bancuh hari-hari tu.


Kesimpulan.

Ada banyak pilihan jus untuk korang cuba dan ikut selera yang korang nak. Kalau korang jenis yang sibuk dengan aktiviti seharian, boleh amalkan jus yang ringkas macam mint tea. Jadi, takde alasan lagi untuk korang miss detox diet. Happy detoxing guys.

No comments:

Post a Comment

TOP POST