Thursday 27 July 2017

SET DETOX


Mulakan langkah baharu dan dapatkan kelebihan detoksifikasi daripada sistem penghadaman yang sihat, tampilkan kulit yang sihat berseri, tubuh yang mantap dan cantik. Diperbuat daripada adunan sinergi herba lembut dan nutrien lain, set ini membantu untuk menyokong proses detoksifikasi harian anda secara semula jadi harian.

Mengapa Perlu Detox?

Setiap hari, badan kita terdedah kepada toksin dari persekitaran, pemakanan yang tidak sihat, dan tekanan hidup. Pendedahan yang kerap dan berterusan melemahkan keupayaan semulajadi badan untuk menyingkirkan toksin. Ia menyebabkan berlakunya pengumpulan toksin yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit. Oleh itu, amalan detox secara berkala adalah penting untuk kesihatan.

7 Manfaat Detox:

  • Menurunkan Berat Badan
  • Kolon Lebih Sihat
  • Meningkatkan Tenaga
  • Mengawal Nafsu Makan
  • Kulit Lebih Cantik
  • Menguatkan Sistem Imun
  • Tidur Lebih Lena

Dicipta untuk membekalkan nutrisi yang menyokong dan merangsang fungsi hati yang sihat.*
















Digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit ringan dan untuk menyokong pergerakan usus.*

Dikenali sebagai gudang nutrien. Akar tunjangnya mencecah sedalam 6 meter, membekalkan pelbagai nutrien dan mineral.*


















Membekalkan herba semula jadi untuk memberi kelegaan kepada sistem penghadaman anda.*









* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk ubat.


======================================================

KLIK DI SINI UNTUK MEMBUAT PEMBELIAN ATAU PERTANYAAN
======================================================


5 PETUA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT. SECARA SEMULAJADI!


Hai semua... Hari ni Anith nak sharekan dengan korang cara nak hilangkan parut jerawat dengan cepat dekat korang semua. Petua ni simple je. Korang tak perlu beli apa-apa produk pun. Guna bahan semulajadi je.

Kalau muka korang jenis sensitif atau korang tak suka tempek bahan kimia di muka. Eloklah korang cuba 7 bahan di bawah.

1. Pes Kunyit.

Cari kunyit hidup. Kupas dan parut halus-halus. Lepastu masuk dalam blender sampai jadi serbuk. Kemudian, gaul dengan air sehingga sebati(jadi pes). Tempek je dekat bahagian jerawat korang tu. 


2. Bawang Putih

Kalau korang takde kunyit, boleh cuba pakai bawang putih. Kupas bawang putih, ambil seulas. Penyekkan di atas cuttingboard. Kemudian sapu ke bahagian jerawat sampai korang rasa jus bawang putih tu kena di bahagian jerawat.

3. Ubat Gigi

Sapu ubat gigi di bahagian jerawat korang sebelum masuk tidur, biarkan semalaman.


4. Ais

Tuam bahagian jerawat dengan ais batu.


5. Wap Panas

Sejatkan wap panas pada bahagian muka. Ianya akan membuka pori kulit. Agar kulit menjadi lebih bersih.

Dalam 5 cara ni korang bolehlah pilih mana yang sesuai. Tapi, yang pasti sapu ubat gigi tu memang Anith pernah buat time sekolah menengah dulu. Pedih tu memang la pedih. Tapi, berbaloi jugalah bila bangun pagi tengok jerawat dah makin kecut. 

Kalau korang ada petua best lagi share lah di bahagian komen.

KEBAIKKAN COLLAGEN POWDER SHAKLEE

Hai semua. Pernah dengar mengenai collagen?

Bohonglah kalau kata tak pernah. Anith rasa sejak tahun 2016 lagi ramai pakar kecantikkan samada dalam televisyen, radio dan majalah membincangkan kebaikkan collagen.

Dipendekkan cerita, collagen ni sebenarnya adalah stuktur protein yang terdapat dalam tubuh kita. Bertindak seakan tisu penyambung yang menambah keanjalan kulit, rambut kuku, ligamen, otot, tulang, gusi dan darah.


Secara amnya, collagen amat penting untuk kecantikkan kita. Hal ini kerana collagen membuatkan:-


  • Kulit lebih anjal
  • Kulit yang berseri
  • Kulit cerah, gebu dan sihat
  • Kedut wajah berkurangan dengan ketara
Jika anda inginkan semua di atas, collagenlah jawapannya!

Oh ya, kollagen bukan untuk kecantikkan sahaja tau. Malah ianya baik untuk kesihatan. Fungsinya seperti membaiki sendi, memulih penyakit saraf dan membuatkan tulang lebih sihat dan kuat.


Collagen dalam tubuh badan akan merosot seiring dengan peningkatan usia. berikut adalah tanda-tanda kekurangan collagen.


Manakala, paras collagen yang cukup dapat dilihat dengan jelas. Tanda-tandanya adalah seperti berikut.


  1. Kulit mendapat kelembapan yang cukup.
  2. Kulit kelihatan lebih tegang dan anjal.
  3. Otot dan tulang lebih kuat dan sihat.
  4. Tiada masalah sendi.
  5. Bertenaga setiap hari.
  6. Tidur yang lebih nyenyak.
Jadi, kenapa Anith memilih collagen powder dari Shaklee?

Okey, pertama sekali sebab 7 bahan premium yang ada di dalam Collagen Shaklee powder adalah selamat dan halal. Tidak seperti kebanyakkan collagen di pasaran yang sumbernya seakan was-was tanpa pensijilan KKM.

Sebab yang kedua kerana ianya dalam bentuk serbuk halus yang mudah disediakan dan senang diserap badan. Serbuk yang halus ini boleh dicampur ke dalam minuman seharian kita. Bahkan, rasanya yang lazat tidak menjejaskan rasa minuma kegemaran kita. Macam Anith, Anith suka minum dengan kordial Sunquick.

Sebab ketiga dan terakhir, Anith boleh rasa sendiri perubahan pada kulit wajah Anith. Anith rasa kulit wajah Anith lebih flawless, glowing dan gebu lepas pengambilan Collagen Powder ni tak sampai sebulan(start April haritu). Even biji kolestrol bawah mata Anith pun boleh kecut.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
KALAU KORANG NAK TRY 

Wednesday 26 July 2017

10 AIR DETOX PALING POPULAR DI MALAYSIA. NO 5 TU FAVOURITE ANITH!!!

Desawarsa ini, program detox dah jadi macam trend pulak kat Malaysia. Selain dari bermacam-macam program kesihatan, ada juga bermacam-macam jenis resepi untuk diet detox.


Yang paling best sekali resepi air detox lah. Mudah disedia, dan senang diserap badan. So, dekat bawah ni Anith senaraikan 10 jenis resepi air detox yang paling popular di Malaysia.

1. Teh Lemon & Halia.

Anith senaraikan ni nombor satu sebab boleh dikatakan setiap rumah kita ada dua bahan ni. Jadi boleh dikatakan teh lemon & halia ni air detox paling senang dan mudah la nak disediakan. Jadi korang tak boleh buat alasan untuk skip detox diet lagi. Halia ni seperti yang kita sedia maklum memang baik untuk penghadaman dan buang angin dalam badan. Manakala jus lemon pulak meneutralkan asid dalam badan. Kalau korang nak sedap lagi boleh adjust campur madu sikit untuk seimbangkan rasa halia dan lemon yang kuat.

2. Jus Lobak Merah, Nenas & Kunyit.

Nenas dan kunyit ni terkenal sebagai ejen anti-inflammatory. Selain dari rasa kedua bahan ni yang sedap bila digabungkan, ianya dapat melindungi sel-sel dalam badan kita untuk rosak dan mengurangkan kuantiti enzim dalam badan. Lobak merah pula, menambah lagi keenakkan jika dicampurkan bersama.

3. Mint Tea.

Haaa.. dalam kesepuluh yang Anith senaraikan ni. Anith rasa yang nombor 3 ni yang paling ringkas. Hanya satu bahan diperlukan untuk membancuhnya. Juga boleh diamalkan setiap pagi.


4. Lemon Berlada.

Okey, dengar macam kelakar kan bunyinya? Tapi tahukah korang yang lemon dan cabai merah ni kaya dengan immune booster dan bertindak sebagai ejen detox semulajadi yang baik. Lemon juga menghalang perut anda dari berasa lapar dengan cepat. Manakala cili merah menggalakkan peredaran darah dalam badan. 


5. Air Vivix.

Yang ni memang feveret Anith la. Boleh dikatakan almost everyday Anith akan bancuh. Sebabnya, Anith tak suka minum Vivix secara direct. Rasa pati anggur yang kuat(husband Anith sampai berenti isap rokok la) dan sedap buat tekak Anith terngiang-ngiang dan rasa nak lagi. Jadi, untuk mengelakkan pembaziran Anith bancuh la jadi macam air. Sedap tau!

6. Jus Kecantikkan Kulit.

Terdiri daripada Epal, Lobak Merah dan Halia. Kaya dengan vitamin A(vitamin untuk kecantikkan), ketiga-tiga bahan ini memang sedap bila dicampur sekali. Ramai cakap jus ini juga boleh diminum time kita demam. Sesuai untuk recovery.

7. Air Hijau.

Timun, halia, daun mint dan lemon. Membuatkan air berwarna hijau dan sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kembung perut dan penghadaman. Lepas minum tu konfom perut rasa sejuk je.

8. Jus Kombo Kuruskan Badan.

Haaa.. untuk korang yang sedang berjuang untuk kuruskan badan(termasuklah Anith sendiri. haha) sesuai sangatlah amalkan jus ni. Terdiri daripada campuran jus timun dan tomato, kaya dengan serat. Serta antioksidan yang baik untuk menegangkan kulit.

9. Pear Batang Kali.

Campuran Pear dan Batang kali ini kaya dengan serat yang baik untuk melancarkan penghadaman. Untuk menambahkan lagi rasa jus ini boleh juga ditambah dengan bayam, timun dan daun saderi. Bergantung kepada citara rasa dan toleransi anda terhadap sayuran. Macam Anith, Anith tak suka sayur. So, jus nombor 9 ni adalah my least favourite of drinks.


10. Jus Anggur Hitam

Korang kalau pergi Tesco mesti selalu jumpa anggur warna hitam yang takde biji tu kan? Haaa... antara kebaikkan anggur ni ialah kaya dengan vitamin C, kurangkan tekanan darah dan membantu mengurangkan berat badan. Sesuai juga diminum oleh perokok untuk kesihatan paru-paru. Actually, jus ni lebih kurang je dengan air Vivix yang Anith bancuh hari-hari tu.


Kesimpulan.

Ada banyak pilihan jus untuk korang cuba dan ikut selera yang korang nak. Kalau korang jenis yang sibuk dengan aktiviti seharian, boleh amalkan jus yang ringkas macam mint tea. Jadi, takde alasan lagi untuk korang miss detox diet. Happy detoxing guys.

APPLE WAREHOUS SALES!!!



Hai semua... Start semalam dah kecoh dalam Facebook yang Apple ada buat warehouse sales hari ni. Harga tak masuk akal weh(Anith pon rasa macam nak pergi trade-in je iPhone Anith). 














Bertempat di:

Machines Warehouse Clearance Sale
27 - 30 July, Level 4, Avenue K

















P/S: Ipad Mini RM549 je!!! Gila betoi... konfom berpusu-pusu orang berebut nak beli esok. Korang yang ada pasang niat nak borong tu elok datang awal la. takut nanti tak sempat pulak. 

Monday 24 July 2017

RAHSIA AMY MASTURA KEKAL CANTIK

Hai semua, haa... hari ni Anith nak bagitahu korang rahsia kecantikkan pelakon favourite Anith ni.

Sapa tak kenal dengan Amy Mastura kan? Sebut je nama dia mesti teringat babak pegang belon dalam cerita Putri Impian. Tapi, percaya tak korang kalau Anith bagitahu umur dia sekarang dah 47 tahun? 47 tahun beb. Maintan cantik sihat dan comel.

So Anith macam terfikir jugak la. Apa rahsia dan tips kecantikkan kak Amy kita ni? Lepas jenuh Anith tanya Google, Youtube, majalah Mangga, Intrend dan Wanita. Dapatla jugak Anith simpulkan beberapa tips yang kak Amy amalkan.

1. Bersederhana.

Bagi kak Amy, dia takde amalkan apa-apa rahsia pun. Setiap kali wartawan interview dia hanya bagitahu agar bersederhana dalam aspek kehidupan. Means that, kalau kita nak diet jangan sampai berlapar. Kalau kita nak bersenam jangan sampai badan tersiksa.

Hmmm.. bagi Anith la kan. Kak Amy ni memang jenis yang natural born beauty kot. So, dia tak perlu bersusah payah untuk cantik dan maintan kecantikkan dia. kan?

2. Pemakanan Yang Sihat.

Dalam temuramah dengan wartawan tu jugak, kak Amy bagitahu yang dia takde amalkan apa-apa petua tradisional. Dia cuma amalkan pemakanan yang sihat. Katanya, kalau nak makan nasi. Tak perlulah makan setiap hari(berbalik kepada konsep sederhana tadi).

3. Mengamalkan Vitamin.

Untuk kesihatan tubuh badan beliau, Kak Amy juga ada mengamalkan vitamin. Selain dari bersenam dengan alat senaman yang dibeli dirumah. So, dekat sini Anith nampak yang kak Amy ni memang pentingkan kesihatan tubuh badan lah.

No wonder dia boleh maintain kelansingan pada umur 47 tahun. Apa pun Anith doakan semoga kehidupan kak Amy terus sukses.

 

7 PETUA AGAR KULIT LEBIH CERAH DAN MENAWAN


Hai semua, ni merupakan entry pertama Anith dalam dunia blog. So kalau ada salah dan silap tu tegur tegur la yer. 

Okey, Anith just nak share dekat semua. 7 petua yang Anith sentiasa amalkan untuk kekalkan kecantikkan kulit. Jangan risau, ini bukan Anith nak brag kata Anith cantik ke apa(sebab hari ni takdak mood nak perasan. hahaha). Petua ni pun Anith dapat daripada kawan Anith yang 10 kali lebih cantik hockayy.

So, here it goes:

Okey, timing paling crucial sekali adalah time kita bangun pagi. Terus capai air segelas dan minum(jangan lupa kumur. hahaha). Then, kalau kita makan sehari lima kali tu pastikan setiap hidangan disusuli dengan segelas air(jangan minum sebelum makan, orang tua-tua kata perut senang buncit). Lagi dua gelas tu dah boleh selit time malam.

Okey, sebagai seorang yang bekerja shift macam Anith. Benda ni yang paling payah sekali Anith nak buat. Mana dengan anak masih meyusu badan sekarang ni. Tapi tu lah, orang kata. Hendak seribu daya, tak hendak seribu alasan. Kah kah kah.

Sebagai orang Islam, Anith rasa ni semua pun tahu kan? Minimum kita akan berwuduk 5 kali sehari.
Kebaikkan berwuduk ni banyak. Selain mengekalkan kelembapan muka, wuduk juga boleh menyucikan kotoran kat muka kita selepas sibuk dengan aktiviti seharian.

Haaa.. yang keempat ni mesti ramai yang terlepas pandang. Sebab tak perasan kan. Tapi, kalau anda nak tahu, hampir 90% punca jerawat tu datang dari sentuhan tangan kita lah. So, beware~~

Senyum ni seperti yang kita sedia maklum, penuh dengan aura positif. Selain membuatkan orang selesa dengan kita, ianya juga boleh menaikkan seri wajah dan hanya 18 otot muka diperlukan. Jadi, untuk kekal cantik kita harus kurang bermuram durja.

Okey, yang masker ni terserah dekat korang. Kalau korang mampu, pakai SK II boleh, madu boleh dan mana-mana masker yang korang jumpa dekat pasaran. Anith pakai masker buatan sendiri dengan ESP Shaklee. Cukup 5-10 minit bilas dan tidur dengan nyaman.

Yang ni agak tricky sikit. Penyediaanya jugak subjektif. Nak bubuh air suam saja tanpa apa-apa bahan pon boleh. Macam Anith tambah lemon dan limau nak bagi wangi. Anith rekemenkan, lepas korang wapkan kulit wajah korang, buang sekali blackhead/whitehead dan bersihkan hidung. Best tau.

TOP POST